gugurnya si air mata, pasti ada cerita di sebaliknya, namun kuasa Tuhan siapa pun tak dapat menduga, hanya kesabaran yang dapat di kata, selebihnya serah saja kepadaNYA.
Seberapa besar onak dan duri yang melanda dirimu, bersabarlah wahai hati. Jangan terus mengalah hingga tersungkur ke tanah. Yakinkan dirimu, kuatkan dirimu kebalkan kepercayaanmu agar ia bisa menjadi nadi untuk terus berjuang di bumi ALLAH ini. ♥ : ) ♥
Sabarlah hati. Allah sentiasa di sisimu.
Kepada diri yang sedang diuji, sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri Jangan Bersedih... Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa..
No comments:
Post a Comment