Sebuah perasaan..
Setiap dari diri manusia punyai perasaan. Tuhan ciptakan perasaan dalam diri manusia itu sifatnya halus. Hinggakan kehalusan itu menyebabkan kita sendiri tidak akan dapat menjangka sesuatu tindakan kontra berdasarkan karekter yang sudah sedia maklum pada diri mereka.
Seorang hamba Allah berdoa meminta supaya seseorang yang telah diidam-idamkan itu, menjadi jodohnya. Sama ada bakal zaujah atau zauj’ nya. Maka pintalah hamba ini dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, Allah tidak memberikan orang yang dipinta. Lalu dia mengeluh doanya tidak mustajab.
Sebenarnya doa hamba ini mustajab. Tuhan mengetahui seseorang itu baik atau tidak untuk kita. Kerana tujuan doanya itu untuk mendapat kebahagiaan, maka Allah memilih seseorang yang lain tampil untuk memberikan kebahagiaan yang dipinta, khusus buat dirinya dan sesuai pula dengan keadaannya.
Kata buya Hamka, “yang ada ini sudah harapan kita”.
rindu kalian semua, kamu semoga baik-baik saja di mana-mana sahaja.
Kaku jari menaip, tidak dapat digambarkan perasaan kini.
Moga Allah redha ukhuwah yang terjalin ini.
terima kasih kerana pernah datang dan pergi.
senyum selalu.
: )

No comments:
Post a Comment