Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala.Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak terjadi.
SEBAB SAKIT KEPALA:
Berikut adalah sebab2 yg merangsang sakit kepala :
Tekanan
kemurungan
Migrain
Penyakit dan ketegangan dalam mata.
Sakit gigi dan tulang rahang.
Penyakit berkaitan anggota telinga,hidung,dan tekak.
Kejang otot.
Kecederaan kepala dan tengkuk / leher.
Angin ahmar.
Jangkitan dlm otak / tumor
Tekanan darah tinggi.
Pengambilan dadah dan racun.
Sakit kepala biasanya tidak serius,tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda2 amaran serius seperti :
Demam.
Tidak berkurangan selepas mengambil ubat tahan sakit.
Sakit kepala sangat teruk dan kerap.
Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa dialami.
Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
Kejang tengkuk / leher.
sawan.
Rasa lemah dan kebas.
Kabur penglihatan mata atau buta.
sakit kepala melebihi dua minggu.
Loya / muntah.
Hilang selera makan.
Seseorang yg menghidap penyakit darah tinggi,kanser,dan HIV.
PENCEGAHAN :
Tangani tekanan dengan baik.
Ketahui teknik2 untuk bertenang.
Pemakanan seimbang.
Kerap bersenam.
Berhenti merokok.
amalkan gaya hidup sihat.
No comments:
Post a Comment